Thursday, January 20

l a w a k ?

Teka Teki 1 .

Ada sorang imam , tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia . Pastu dia jilat kaki dia , BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU ?
Jawapan : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Cerita 1 .

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak . empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya .

“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”

” Bang anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat

” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat .


Cerita 2 .

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Cerita 3 .

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya ’stokin’ kau. Beli kat mana? Hahaha…
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah…
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la… Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha… (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar…
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan…
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak…)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!… Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)


Cara Mengelakkan Diri Dari Dirompak .

1. Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau duit.

2. Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.

3. Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.

4.Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.

5. Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)


Cerita 4 .

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,
“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Aku mula rasa musykil… tapi aku balas, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi, “Bila kau nak gerak ni??”. Aku selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!